Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 29 Jun 2017
Versi 8.0.2
PerutusanPerutusan

Slide1.JPG


  Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh-NYA kepada semua Warga Kerja Majlis Daerah Lundu, Kuching Sarawak yang telah menjayakan Laman Web Majlis ini selari dengan pembangunan ICT yang semakin pesat.
Ucapan ribuan terima kasih saya dahului kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis di atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam Laman Web Majlis ini.

Kewujudan Laman Web Majlis ini adalah sebagai alat penghubung secara dalam talian yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara komuniti di sekitar Daerah Lundu dan Sematan dengan anggota Majlis, ianya menjadi penyumbang dalam manyalurkan maklumat kepada komuniti setempat di daerah Lundu dan Sematan khasnya serta orang yang berada di luar kawasan daerah Lundu dan Sematan amnya

Saya juga mengharapkan tuan-puan dapat memainkan peranan dalam sama-sama memajukan Daerah Lundu dan Sematan dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Lundu Segala peraturan dan dasar yang dibuat adalah untuk menjaga kepentingan dan keselesaan bersama. Oleh itu, saya menyeru agar tuan-puan dapat memainkan peranan tuan-puan dalam struktur Majlis Daerah Lundu ini.

Pihak kami juga akan sentiasa menyampaikan maklumat yang tepat dan padat dari masa ke semasa supaya semua warga penduduk tidak akan ketinggalan dalam sebarang aktiviti atau program yang telah dan bakal dilaksanakan oleh pihak Majlis.

Saya berharap, agar Laman Web Majlis ini akan terus berkembang dan menyampaikan maklumat yang terkini agar kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis dapat dikecapi dan digunakan dengan sebaiknya oleh komuniti di daerah ini khasnya.

Awang Putera Yusri bin Rezuan
Pengerusi
Majlis Daerah Lundu.