Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 15 Dis 2017
Versi 8.0.2c
 
STRUKTUR KAMISTRUKTUR KAMI

 

STRUKTUR MAJLIS DAERAH LUNDU

 

Majlis Daerah Lundu mempunyai seramai 55 orang penjawat awam yang diketuai oleh Setiausaha Gred 44. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Majlis.

Majlis Daerah Lundu merupakan PBT yang diurustadbir oleh dua badan penting, iaitu badan perundangan (legislative body) dan badan eksekutif (executive body). Badan eksekutif adalah terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam (Perintah Am Pentadbiran) dan merupakan pelaksanaan polisi yang telah diputuskan oleh badan perundangan.

Majlis ini diterajui oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi  dan 30 orang Ahli Majlis yang dilantik dan Setiausaha (eksekutif). Jentera pengurusan disempurnakan oleh 55 orang anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai peringkat klasifikasi tugas di bawah urus tadbir Setiausaha. Pengerusi Majlis pula merupakan seorang Pegawai Daerah yang dilantik secara automatik mengikut Seksyen 12(2) dan (3), Ordinan Kuasa Tempatan, 1996. Manakala Ahli Majlis dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas cadangan oleh parti-parti politik dimana mereka merupakan rakyat Malaysia dan penduduk asal Negeri Sarawak. Tugas utama mereka ialah sebagai badan penggubal dasar dan polisi dan keputusan mereka akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan di samping menjalankan tugas-tugas rutin.

Majlis mempunyai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang berlainan terdiri daripada Ahli Majlis untuk membuat keputusan apabila terdapat usul dibentangkan. Secara spesifiknya Jawatankuasa tersebut ialah:-

 

1. Jawatankuasa Tetap Perlesenan, Tujuan Am Dan Kesihatan Awam

2. Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Landskap dan Pelancongan

3. Jawatankuasa Tetap Perancangan Kerja Raya dan Lalulintas.

4. Jawatankuasa Tetap Sukan, Kebudayaan dan Belia

5. Jawatankuasa Kewangan dan Perjawatan dan Tender/Sebutharga

6. Majlis Penuh